Isnin, 2 Ogos 2010

TUGASAN 2 - 'GEODESIC DOME'


1. Tugasan kedua adalah untuk membina model 'dome' atau kubah yang menggunakan lidi buluh. 6 elemen yang diadaptasi untuk pembinaan model ini adalah :-
Niat : Membina model 'dome'

Pelaku : Diri saya

Laku : Pembinaan model 'dome'


Tempat : Bilik
Hasil : 'Dome' buluh
2. Bagi pembinaan model 'dome' ini saya telah memilih untuk menggunakan radius 250mm untuk 'dome' 2V.
3. Alatan yang digunakan:-

a. Lidi buluh
b. Gam tembak
c. Pembaris
d. Pensel
e. Pisau
f. Pewarna
g. Berus warna
4. Lidi buluh dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan melalui kiraan yang dibuat menggunakan 'dome calculator'. Terdapat 2 ukuran iaitu bagi lidi A ialah sepanjang 154.52mm sebanyak 35 batang. Manakala lidi B pula ialah sepanjang 136.63mm sebanyak 30 batang.






5. Lidi-lidi yang telah siap dipotong diwarnakan.



4. Lidi buluh A disusun sebanyak 10 batang mengikut bentuk yang ditetapkan dan digam menggunakan gam tembak.


5. Lidi A dan B disusun secara menegak dan berselang-seli seperti dalam gambar dibawah.


6. Lidi- lidi tersebut dicantumkan seperti bentuk segitiga



7. Langkah seterusnya, lidi B disusun terlebih dahulu seperti gambar di bawah dan dicantumkan menggunakan gam tembak.





8. Lidi buluh B disusun mengikut kaedah pembinaan yang seterusnya dan dicantumkan.










9. Lidi A disusun dan dicantumkan dengan lidi B seperti gambar dibawah





10. Lidi A disusun sebanyak 5 batang untuk mencantumkan segitiga yang telah dibuat. Lidi A digam pada puncak segitiga tersebut.






11. Bagi langkah pembinaan yang terakhir, lidi B disusun sebanyak 5 batang. Hujung semua 5 batang lidi B akan dicantumkan menjadi satu ditengah-tengahnya.








12. Hasilnya, 'dome' atau kubah yang telah siap.