Isnin, 16 Ogos 2010

BAHAGIAN KEDUA
Bagi minggu kedua, kerja-kerja memotong buluh dilakukan mengikut Jadual Pelaksaan kami. Setelah perbincangan dilakukan, kami memerlukan sebanyak 28 batang buluh. Ianya melibatkan 12 batang buluh untuk membuat rakit manakala kubah pula memerlukan 16 batang buluh. Kami menggunakan 12 batang buluh untuk membuat rakit kerana ianya dapat memuatkan ahli kumpulan kami. Peralatan yang digunakan adalah seperti gergaji dan pita ukur. Panjang setiap batang buluh yang ditebang adalah 3.6m.

Isnin, 9 Ogos 2010

TUGASAN 2B: BAMBOO DOME

BAHAGIAN PERTAMA

Untuk tugasan 2B, kami perlu membuat sebuah kubah dengan menggunakan buluh secara berkumpulan. Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu saya, Atirah Zaraura dan Farah Madiha. Kami namakan kumpulan kami sebagai "FAM Group". Melalui perbincangan di dalam kumpulan, kami bercadang untuk membuat tapak dan kubah yang boleh memuatkan kami bertiga.

Kami telah membuat Jadual Pelaksanaan untuk membuat Bamboo Dome sepanjang 8 minggu bermula 04 Ogos 2010 sehingga 22 September 2010. Jadual Pelaksaan adalah seperti di bawah :

JADUAL PELAKSANAAN


PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN

LAKARAN BAMBOO DISASTER

Isnin, 2 Ogos 2010

TUGASAN 2 - 'GEODESIC DOME'


1. Tugasan kedua adalah untuk membina model 'dome' atau kubah yang menggunakan lidi buluh. 6 elemen yang diadaptasi untuk pembinaan model ini adalah :-
Niat : Membina model 'dome'

Pelaku : Diri saya

Laku : Pembinaan model 'dome'


Tempat : Bilik
Hasil : 'Dome' buluh
2. Bagi pembinaan model 'dome' ini saya telah memilih untuk menggunakan radius 250mm untuk 'dome' 2V.
3. Alatan yang digunakan:-

a. Lidi buluh
b. Gam tembak
c. Pembaris
d. Pensel
e. Pisau
f. Pewarna
g. Berus warna
4. Lidi buluh dipotong mengikut ukuran yang telah ditetapkan melalui kiraan yang dibuat menggunakan 'dome calculator'. Terdapat 2 ukuran iaitu bagi lidi A ialah sepanjang 154.52mm sebanyak 35 batang. Manakala lidi B pula ialah sepanjang 136.63mm sebanyak 30 batang.






5. Lidi-lidi yang telah siap dipotong diwarnakan.



4. Lidi buluh A disusun sebanyak 10 batang mengikut bentuk yang ditetapkan dan digam menggunakan gam tembak.


5. Lidi A dan B disusun secara menegak dan berselang-seli seperti dalam gambar dibawah.


6. Lidi- lidi tersebut dicantumkan seperti bentuk segitiga



7. Langkah seterusnya, lidi B disusun terlebih dahulu seperti gambar di bawah dan dicantumkan menggunakan gam tembak.





8. Lidi buluh B disusun mengikut kaedah pembinaan yang seterusnya dan dicantumkan.










9. Lidi A disusun dan dicantumkan dengan lidi B seperti gambar dibawah





10. Lidi A disusun sebanyak 5 batang untuk mencantumkan segitiga yang telah dibuat. Lidi A digam pada puncak segitiga tersebut.






11. Bagi langkah pembinaan yang terakhir, lidi B disusun sebanyak 5 batang. Hujung semua 5 batang lidi B akan dicantumkan menjadi satu ditengah-tengahnya.








12. Hasilnya, 'dome' atau kubah yang telah siap.












































Jumaat, 16 Julai 2010

TUGASAN PERTAMA : VIRTUAL CONSTRUTION

TUGASAN PERTAMA

Kami diminta untuk mengadaptasikan 6 elemen yang diterapkan di dalam "Built Enviroment & Human Settlement" sebelum memasuki USM. 6 elemen tersebut adalah :


a) Niat - Intention
b) Laku - Act
c) Hasil- Product
d) Pelaku - Actor
e) Aturan - Rule
f) Tempat - Place


Sebelum saya memasuki USM, saya merupakan seorang Penjawat Awam di JKR Negeri Sembilan. Saya bekerja sebagai Juruteknik Awam di Bahagian Bangunan. Antara tugas yang dilaksanakan adalah membantu Jurutera / Penolong Jurutera merancang , merekabentuk, membina dan menyerahkan projek kepada pihak Pelanggan.





Niat





Pelaku & Aturan




Laku

YBH CONSTRUCTION SDN. BHD

42A, Jln Aman,Pd Centre Point,71000 Port Dickson,Negeri Sembilan





Hasil & Tempat


Kerja-kerja perancangan dan pembinaan dilaksanakan oleh JKR dan Kontraktor sebagai Pelaku. Kontraktor perlu melaksanakan kerja mengikut Aturan yang telah ditetapkan oleh JKR. Projek yang telah siap adalah hasilnya.