Isnin, 16 Ogos 2010

BAHAGIAN KEDUA
Bagi minggu kedua, kerja-kerja memotong buluh dilakukan mengikut Jadual Pelaksaan kami. Setelah perbincangan dilakukan, kami memerlukan sebanyak 28 batang buluh. Ianya melibatkan 12 batang buluh untuk membuat rakit manakala kubah pula memerlukan 16 batang buluh. Kami menggunakan 12 batang buluh untuk membuat rakit kerana ianya dapat memuatkan ahli kumpulan kami. Peralatan yang digunakan adalah seperti gergaji dan pita ukur. Panjang setiap batang buluh yang ditebang adalah 3.6m.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan